Friday, October 10, 2008

Adakah AndE penGemmar KanGkung?

Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis
kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita
ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda when you want to eat kangkung

Saya mendapat cerita ini dari seorang teman.

Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana
ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke
klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea. Sudah bermacam
ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarheanya tidak
sembuh.

Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa
yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini.

Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea, anak
tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah
semula.

Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malam tersebut anak itu
makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan
xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah
dengan anaknya yang kecil-kecil.

Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical
apapun.

Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia. setelah dikaji, ternyata
lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang,
untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang
berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama
manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama
untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika
dibakar.

Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang
biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap
darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana
mematikan/membersihkan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam
usus anak malang itu.

Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi
berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan
kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi
Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur
lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah"
yang terselip di dalamnya. Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan
untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.

Best Regards,

Dr. Norni Abdullah,

Psychiatrist,

Hospital Tengku Ampuan Rahimah,

42500 Klang,

Selangor.

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih atas informasi menarik

搜索你要的资料

Google